Syarikat suraya ingin bina laman web macam shopee dan lazada. Kami sedang ushar web hosting di Malaysia yang dapat support laman web seperti ini. Kebetulan suraya jumpa laman ni so suraya nak tanya la sikit. Dalam banyak-banyak pakej web hosting ni, yang mana sesuai untuk laman web yang suraya nk buat ni?
mohon bantuan dan guide
Baik ambil dedicated server suraya. Puas hati dan lajuuuu…
dedicated server mahal bayar bulan, suraya ingat nk ambil web hosting biasa bayar tahunan
Shared hosting pun boleh suraya, tapi kalau nk bercadang nak buat mcm shopee dan lazada mana cukup dengan shared hosting. Contoh 40 orang xkan nak naik kereta, mestilah naik bas baru muat kan. Sama macam hosting, nk ramai orang kene ambil yang besar baru cukup. hehehe
betul kata amir tu
Untuk permulaan, saya cadangkan suraya ambil Virtual Private Server untuk laman web yang suraya ingin bangunkan tersebut. Kenapa saya suggest VPS?
Tapi kalau syarikat suraya memang bercadang skala besar, ya dedicated server sangat sesuai macam cadangan fadaman diatas.
Untuk dedicated server suraya boleh ushar page ni https://hostsinimo.com/vps-dedicated-server/hostsinimo-dedicated-server.html
kalau web hosting biasa xboleh ke website macam ni?
bukan xboleh. cuma lazada dan shopee ni ibarat website yang berskala besar. jadi padang pun kene besar. Shared hosting boleh untuk permulaan tiada masalah suraya. Nanti dan makin besar bolehlah pakai dedicated server. Boleh hubungi [email protected] untuk bantu suraya. xpun pm saya pun boleh.
Untuk laman web skala besar macam ni rasa kene ambil dedicated server kot.
yeke, suraya ingat kan bleh ambil web hosting biasa je.
kalau permulaan boleh je.